Pages

Monday 30 May 2011

Austin Mbewe : Lelaki Paling Hodoh Didunia?

HARARE 30 Mei - Lelaki Zimbabwe mengalahkan 15 yang lain bagi memenangi anugerah lelaki paling hodoh atau Mr Ugly.
 
Akhbar tempatan melaporkan Austin Mbewe, 30, dari Bulawayo memenangi 1,200 rand Afrika Selatan ($174,122 euro) pada pertandingan yang diadakan di pekan Beitbridge.

“Saya berbangga dengan kejayaan ini,” katanya dipetik selepas memenangi pertandingan tersebut.

“Selama ini saya sering diejek sejak kecil lagi kerana hodoh, kini dunia melihat di sebalik kehodohan ini ada keindahan,” katanya. - AFP

* diambil dari utusan malaysia online 
____________________________________________________________________________________
Sebenarnya Austin Mbewe bukanlah lelaki paling hodoh di dunia, pertandingan ini disertai oleh hanya rakyat Zimbabwe yg dianjurkan oleh Dewan Kesenian Nasional dan Pelancongan Zimbabwe. namun penyertaan hanya pada beberapa daerah negara tersebut. pertandingan yang dianjurkan buat kali ketiga ini menarik perhatian penyertaannya kerana hadiah yang 'lumayan'. banyak tu bai , 174,122 euro*. hohoho tetapi sebenar bila aku check balik 1200.0 ZAR(South African Rand) = 121.325164432 EU= 173.312997 USD = RM 523.15 ralat yer puan2 dan tuan2. utusan online salah kira tetapi menjelang petang telah diperbetulkan syabas.

Pertama kali aku membaca berita ini, aku excited nak tengok lelaki yang dikatakan paling hodoh sebab bagi aku rupa adalah sesuatu yang subjektif.

Mr Ugly Austin Mbewe (tengah) bersama pemenang ketiga Chitova Chezhira (kiri) and kedua, Kudakwashe Chiramba.

pada mata kasar aku takde la hodoh mana mamat yang menang ni. jadi aku bertanya, hodoh relatif orang zimbabwe ni camne? manalah tahu majoriti orang kat sana muka supermodel hohoho


hitam itu hodoh? bagi aku tidak sama sekali. banyak lagi pertimbangan lain yang boleh menjadikan seseorang itu hodoh. Bilal bin Rabah sahabat nabi seorang yang hitam, tetapi dipilih dimuliakan disisiNya dilantik Rasululah sebagai juru azan sehingga nama beliau diabadikan sehingga kini.


buat apa muka ensem tapi perangai hampeh. buat apa muka cantik tetapi hati busuk. biarlah rupa paras setanding dengan akhlak dan perilaku. aku bukan baik sangat tapi orang yang berbudi bahasa, tak lekang senyuman sentiasa buat hati aku sejuk. buat apa muka cantik speaking London berterabur, nak cakap terima kasih yang dua patah pun susah. Sebab rupa dan pangkat jangan sesekali diletakkan sebagai penilaian utama seseorang.

bagi aku Mr Ugly ialah:
- suka cakap besar
- sombong dan bongkak
- suka mengambil kesempatan
- tak menghormati dan menindas orang tua, wanita dan kanak2
- penipu
- hipokrit


p/s: bau badan kuat leh kategori Mr ugly tak? hohoho


kesimpulannya, ramai Mr Ugly kalau ikut huraian n interpretasi aku. :P tapi ramai jugak Miss Ugly. Mr Ugly vs Miss Ugly sapa menang? hohoho


Cun tak awek kat bawah ni?


Nyasha Matonhodze berusia 16 tahun adalah super model pertama kelahiran Zimbabwe. Merupakan model dibawah agensi Elite London Model Agency pernah menjadi model catwalk untuk Louis Vuitton, Emanuel Ungaro, and Loewe.

ramai sebenonya orang cantik dan kacak dari zimbabwe ni. sampai sekarang aku masih berfikir kerelevanan Mr Ugly Zimbabwe ini diadakan. Secara positifnya mereka yang dianggap hodoh leh menang duit dan mungkin leh kasi extra konfiden kepada peserta. kalau malaysia buat Mr Ugly menang 174,122 euro aku orang pertama beratur gi audition tapi tak kalu hanya RM 523.15 . hohoho

Bila housemate anda 'bersekedudukan' *

sekadar perhiasan* lukisan title " the Lovers: Rene Magritte

aku ada seorang kawan, masih bujang dok menyewa dengan seorang kawan lain yang juga bujang. 

*Z (kawan aku) menyewa bilik kat rumah si A. Z ni ex-officemate si A.A baru jer kena reject dengan seorang awek yang dia dok tackle sejak setahun lepas. Sebulan lepas A berkenalan ngan seorang awek di FB, student kat kolej swasta area Sunway.

Kemudian A mula membawa balik awek baru dia ni. Mula-mula tak bermalam, but recently awek ni dah kira cam jadi penghuni no 3. Dok conquer living room plus sidai menyidai pakaian dalam dan luar dengan selamba.

Kawan aku yang si Z ni dah mula tak selesa. Untuk makluman semua semua watak2 dia atas adalah Melayu tulen yang pastinya Islam.

Bila Z cerita kat aku, aku mintak dia confront dengan A. Tapi Z ni jenis tak suka kecoh dan tak mahu ada isu dengan tuan tanah makanya Z sekarang dok stress sebab ada perempuan dok berkongsi dok sekali. Disebabkab itu Z sekarang tengah cari rumah sewa baru. Aku sedikit angin kat Z sebab takut sgt nak cakap kat A, yang dia tak selesa bila tinggal sekali dengan orang yang 'bersedudukan', silap2 kena serbu dengan JAWI ko pun kena heret. aku harap Z dapat konfront A, kalau A bertegas nak awek dia stay, then ko decide la angkat kaki. Sedikit perbualan Z dan A:

A: kau ok ke awek aku kat sini?
Z: Ok. (mmmm which aku tak setuju dia cakap Ok, dia patut suarakan pendapat sebenar dia). Tak takut Jawi?
A: Aku percayakan kan ko. (mmmm trust yang disalah erti, maybe Z tak report, kalau jiran tetangga camner?)

Kita tinggalkan kisah Z dan A yang belum nampak penyelesaianya dan mari bercakap tentang isu tinggal dengan orang bersekedudukan. Zaman sekarang isu ini dianggap biasa dikalangan orang Melayu. Aku bukanlah baik sangat nak bercakap pasal hukum, sebab dalam Islam hukumnya jelas Haram. tetapi aku nak menyentuh hal moral. 

Bila anda rasa sesuatu perbuatan itu ok, belum tentu ianya ok bagi orang lain. Kalau anda rasa awek dok sekali itu cool, maybe orang lain tak anggap cool pun. Jangan anggap mudah dan membuat kesimpulan sendiri. contoh lain kalau anda sibuk kompang perihal kekasih anda, belum tentu orng lain nak berkongsi cerita yang sama.kalau kau rasa ok korek hidung kat public, majoriti akan tak setuju.

Simpan la sedikit moral serta kesedaran sivik anda untuk prihatin kepada orang disekeliling. ada sesetengah isu sangat sensitif kepada orang lain, terutama melibatkan hukum agama.

jadi kalau anda pasti ada orang bersekedudukan apa anda perlu lakukan? report JAWI, JAIP, JAIK, JAHEAIK atau mana2 jabatan agama ikut negeri? berkonfrontasi? memberi nasihat? tutup mata sebelah? buat tak tahu dengan sebab tak mahu campur hal orang lain? membenci dalam hati kerana itulah selemah2 iman?

kepada kaum wanita pula, janganlah mudah ikut mulut manis lelaki. sedih aku tengok budak2 perempuan muda ni senang saja menyerah. jangan sebab sedap sekejap bila dah 'berisi' nanti jadi pembunuh lak. 

kita mudah dan sangat terbuka sekarang, ada kawan main judi kita ok, ada kawan kuat main pompuan kita ok, ada kawan kaki minum kita ok. kalau benteng diri tak kuat pasti akan ada yang terikut dan statistik bertambah. Banyak mende jadi tak OK, bila kita merasa OK. hmmm

Sunday 29 May 2011

Kisah Rumahtangga

agak menarik minggu ini apabila kisah rumahtangga kekawan jadi halwa telinga dan mata. aku bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi komen namun pandapat asas aku bahawa rumahtangga adalah suatu ikatan yang indah tak pernah goyah, bukan mudah tapi pelengkap. hohoho


 * tujuan aku menulis ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, harap ada teladan :)

ini adalah secebis kisah yang aku dapati pada status fb seorang kenalan. *kalau status ini sekadar main2 aku tak tahu :D. pemilik status ini beristeri 4 dan aku respek kat dia sebab di kalangan isteri2 dia nampak mesra sekali. dia menampakkan betapa positifnya poligami. namun apabila status diatas dinaikkan untuk tatapan umum (at least kengkawan dalan list fb, belum termasuk orang yg akan menyampaikan dari mulut ke mulut hohoho) timbul beberapa persoalan pada aku.

hal rumahtangga adalah sesuatu yang sgt private pada pendapat aku. apabila diluahkan sebegini, keinginan ingin tahu dan meneka akan berlaku. orang akan meneka isteri yang mana satu, ada awek2 yang mula pasang angan2 nak jadi bini baru, dan sbgnya. hohoho. kalau pulak dibaca oleh sedara mara, mulut makcik2 pakcik2 sepupu sepapat kekadang takde insurans tak manis la pulak.

banyak juga komen yang diterima, masing2 menasihatkan untuk bersabar, cari penyelesaian terbaik ada juga menasihatkan agar hal sebegini lebih baik tidak dihebahkan kerana seolah membuka pekung di dada. kebanyakan aku setuju. aku juga tak menolak tuan punya badan mampu menangani isu ni ngan bijak, harap tak sampai berpisah dan berkahwin baru.

berbalik kepada pendapat aku mengenai rumah tangga. ianya asas melengkapi tuntutan batin dan jiwa. apatah apabila ada anak jadi ikatan perkahwinan, kata orang bila ada anak kehidupan jadi sangat beza. rasa lengkap mungkin itulah perasaannya, yerla bila ada zuriat sendiri. lagilak dapat anak comel, bijak soleh n solehah. teletah anak2 boleh buat penat di pejabat hilang, marah jadi hilang. jangan sampai anak2 jadi mangsa isu orang dewasa.

menjalani rumahtangga aku pasti bukanlah mudah. ada hati yang perlu dijaga, suami isteri malah keluarga mertua. namun aku kasihan kepada isteri2 zaman sekarang, ada suami kaki judi, kaki urut, kaki pompuan, kaki minum dan kaki2 lainya. aku sedih bila dengar ada seorang hamba ni kuat sangat gi urut, bukan untuk betul2 urat badan tapi untuk melempiaskan nafsu dengan 'ice cream' dan b2b(body to body) walhal bini kat umah sarat mengandung hmmm.

zaman sekarang ni banyak godaan, keinginan dan kemahuan jadi mudah. eg: nak cari awek, leh ayat online etc. kahwin sekadar syarat. tembelang sebenar nampak lepas kahwin. bila tak ngam, gaduh then bercerai. rentatan kisah perkahwinan dah jadi skrip macam dalam drama. mungkin kita patut melihat kebelakang macam mana nenek moyang malah ibu bapa kita yang berkahwin sehingga ajal yang memisahkannya. baik buruk kisah rumahtangga disimpan kemas. lihat kelebihan bukan kekurangan. mengapa menghidu busuk jika ada wanginya.

Thursday 26 May 2011

Scotty McCreery Menang AI10

 Pagi tadi telah pun dinobatkan Scotty McCreery sebagai pemenang American Idol season 10. Aku secara peribadi tiada bantahan terhadap keputusan pengundi yg sebanyak 122 juta itu. * math: katalah satu vote untung 50sen, final sahaja untung 61 juta usd beb. hohoho

dalam hati aku tetap minat pemenang kedua Lauren Alaina terutama dengan single yang berjudul Like My Mother Does. touching n meaningful yet simple. lagu tu actually cover Kristy Lee Cook ex AI juga dlm album Why Wait 2008.

Dari  mata aku selalu bayang diorg ni couple tapi scotty menafikan. dari bahasa tubuh Scotty n Lauren masing2 17yo dan 16yo nampak sangat mesra. maybe itu adalah kemesraan orang amerika dengan kengkawan hohoho dan " i love you baby" kata scotty kepada lauren hanya ekspresi syg kengkawan. * rasa cam nampak diorg cium mulut lepas scotty diumumkan menang? ehem ehem...hohoho
namun kalau diorg couple pun apa salahnya, young couple cam Faith Hill & Tim McGraw. lagipun Scotty n Lauren dua2 bagus dalam genre pop country. even they both kalau duet sure boleh jual.



9.58 Saat?


ini bukan lari 100m pecut tapi ia satu langkah pertama untuk sesuatu yang lebih dari itu. berharap penghujung tidak sepantas 9.58saat rekod Usain Bolt 16 August 2009 di Berlin. hohoho. kata orang tua "usaha tangga kejayaan", ini gelanggang buah fikiran minda untuk dicurahkan.