Pages

Monday, 30 May 2011

Bila housemate anda 'bersekedudukan' *

sekadar perhiasan* lukisan title " the Lovers: Rene Magritte

aku ada seorang kawan, masih bujang dok menyewa dengan seorang kawan lain yang juga bujang. 

*Z (kawan aku) menyewa bilik kat rumah si A. Z ni ex-officemate si A.A baru jer kena reject dengan seorang awek yang dia dok tackle sejak setahun lepas. Sebulan lepas A berkenalan ngan seorang awek di FB, student kat kolej swasta area Sunway.

Kemudian A mula membawa balik awek baru dia ni. Mula-mula tak bermalam, but recently awek ni dah kira cam jadi penghuni no 3. Dok conquer living room plus sidai menyidai pakaian dalam dan luar dengan selamba.

Kawan aku yang si Z ni dah mula tak selesa. Untuk makluman semua semua watak2 dia atas adalah Melayu tulen yang pastinya Islam.

Bila Z cerita kat aku, aku mintak dia confront dengan A. Tapi Z ni jenis tak suka kecoh dan tak mahu ada isu dengan tuan tanah makanya Z sekarang dok stress sebab ada perempuan dok berkongsi dok sekali. Disebabkab itu Z sekarang tengah cari rumah sewa baru. Aku sedikit angin kat Z sebab takut sgt nak cakap kat A, yang dia tak selesa bila tinggal sekali dengan orang yang 'bersedudukan', silap2 kena serbu dengan JAWI ko pun kena heret. aku harap Z dapat konfront A, kalau A bertegas nak awek dia stay, then ko decide la angkat kaki. Sedikit perbualan Z dan A:

A: kau ok ke awek aku kat sini?
Z: Ok. (mmmm which aku tak setuju dia cakap Ok, dia patut suarakan pendapat sebenar dia). Tak takut Jawi?
A: Aku percayakan kan ko. (mmmm trust yang disalah erti, maybe Z tak report, kalau jiran tetangga camner?)

Kita tinggalkan kisah Z dan A yang belum nampak penyelesaianya dan mari bercakap tentang isu tinggal dengan orang bersekedudukan. Zaman sekarang isu ini dianggap biasa dikalangan orang Melayu. Aku bukanlah baik sangat nak bercakap pasal hukum, sebab dalam Islam hukumnya jelas Haram. tetapi aku nak menyentuh hal moral. 

Bila anda rasa sesuatu perbuatan itu ok, belum tentu ianya ok bagi orang lain. Kalau anda rasa awek dok sekali itu cool, maybe orang lain tak anggap cool pun. Jangan anggap mudah dan membuat kesimpulan sendiri. contoh lain kalau anda sibuk kompang perihal kekasih anda, belum tentu orng lain nak berkongsi cerita yang sama.kalau kau rasa ok korek hidung kat public, majoriti akan tak setuju.

Simpan la sedikit moral serta kesedaran sivik anda untuk prihatin kepada orang disekeliling. ada sesetengah isu sangat sensitif kepada orang lain, terutama melibatkan hukum agama.

jadi kalau anda pasti ada orang bersekedudukan apa anda perlu lakukan? report JAWI, JAIP, JAIK, JAHEAIK atau mana2 jabatan agama ikut negeri? berkonfrontasi? memberi nasihat? tutup mata sebelah? buat tak tahu dengan sebab tak mahu campur hal orang lain? membenci dalam hati kerana itulah selemah2 iman?

kepada kaum wanita pula, janganlah mudah ikut mulut manis lelaki. sedih aku tengok budak2 perempuan muda ni senang saja menyerah. jangan sebab sedap sekejap bila dah 'berisi' nanti jadi pembunuh lak. 

kita mudah dan sangat terbuka sekarang, ada kawan main judi kita ok, ada kawan kuat main pompuan kita ok, ada kawan kaki minum kita ok. kalau benteng diri tak kuat pasti akan ada yang terikut dan statistik bertambah. Banyak mende jadi tak OK, bila kita merasa OK. hmmm

No comments: