Pages

Friday 10 June 2011

KALAU nak BERPACARAN



Aku bukanlah seorang yang bertuah dalam menjalin cinta. Hohoho. Jodoh tu janji Allah, aku terus  percaya.
Mengimbas pengalaman lepas banyak perkara boleh jadi ilmu. Kebetulan hari ini terbaca suatu artikel yang sangat menarik mengenai 6 Tabiat yang Perlu dibuang untuk Berpacaran dan aku ingin kongsikan 4 daripanya:


1. Menjadi terlalu excited – kekadang bila dah berkenan di hati kita jadi keliru. Perlu ke meluahkan perasan? Adakah terlalu awal? Adakah dia pun suka kat aku? Sesuatu yang patut kita perhalusi adakah perasan itu adalah excited atau takut. Takut kena reject? Takut komitmen? Takut tak bersedia? Sebab kekadang orang ckp dah bersedia nak ada awek atau bf tapi sebenarnya tidak. Dan ada pula yang tak bersedia, tetapi menjalin hubungan kerana peers pressure. Orang lain ada gf and bf, dia pun nak ada.  Ada pulak yang sebenarnya tercabar egonya bila tengok kengkawan ada awek keliling pinggang tapi dia takde, menjalin hubungan tanpa perasaan dan dengan orang yang bukan citarasa. Hohoho
Fear is what ruins most potential relationships. Fear of abandonment, fear of commitment, fear of intimacy, rejection, etc.Many people become needy and smothering when they meet someone they really like. They reveal too much too soon, expect too much too soon and get attached too quickly which causes them to ignore any problems or red flags. They stop dating anyone else and put all their attention on one person, which makes them over analyze things, usually incorrectly. Don’t let your fantasies speed up reality -- keep your thoughts in the present. – Donna Barnes What Would You Do
Jadi, jangan terlalu berharap, mendesak, meramal perkara yang akan terjadi terutama yang buruk spt: dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik? dia date orang lain? Sebab fantasi ini membunuh peluang hubungan itu. Tetapkan pendirian apa yang kita mahukan dalam perhubungan, jgn kerana ego dan pengaruh rakan sebaya dan disekeliling kita membuat keputusan.
2.   Online Stalking – ini menjadi trend terbaru sealiran dengan kemajuan teknologi bernama internet. ada yang meng’google’ teman yg baru di date. Ada pulak yang jadi CSI pi siasat latar belakang dia? Walaupun dia mempunyai sejarah perhubungan yang tak baik itu bukanlah lesen kepada anda menilai dia sebagai ‘Penjenayah Cinta’ hohoho.
Siapa yang pernah dia date atau jalin hubungan, bukan perkara yang perlu anda tahu terutama dalam awal perkenalan. Kerana semua itu sejarah dia, dan anda pun punya sejarah sendiri dan pasti anda tidak selesa kisah silam anda digali org yang baru dikenali. Jangan membunuh minat seseorang nak mengenali anda dengan sikap tidak matang begini. Kisah anda dan dia lebih penting berbnding kisah dia dengan orang lain.
Ketahuilah teman date anda tidak perlukan ‘Referee’ dalam ‘Resume’ nak mengenali anda. Tak perlu anda dapatkan informasi lebih tentang teman baru anda itu dengan menghubungi mutual friend anda di Facebook. Ambil masa kenali dia sendiri.
setelah membuat research teman date anda dgn menjadi ‘HR Manager’ juga ‘CSI Officer’ wujudlah scenario “ Peminat lebih tahu dari artis”, apabila anda seolah2 sangat kenal teman date anda ini lebih dari dia sendiri. Banyak input yang perlu kita tapis kerana mengenali dari laman social, dengan tak pernah berjumpa, menilai dari gambar bukanlah penilaian yang tepat.  Anda tidak memberi teman baru itu peluang dan anda membunuh peluang untuk diri sendiri.

3. Standard anda tinggi – setiap orang mempunyai citarasa sendiri dalam memilih teman sehati sejiwa. Yang lelaki pastinya mahukan awek yang cantik. Yang perempuan mahukan bf yang ensem dan kaya. klise, tapi benar. Tapi kembali kepada asas, tiada sesiapa yang sempurna, kita manusia biasa. Jangan letakkan standard terlalu tinggi. Kena terimalah kekurangan dan kelebihan masing2. Berpasangan kan untuk melengkapi satu sama lain. Yang sikap macam api pasti tak sesuai berpasangan dengan si api, tapi sesuai dengan si air. Hohoho.

Beri peluang kepada si dia yang betul2 sayang dan menghargai anda, pasti dia akan membahagiakan anda. Apa guna rupa dan harta kalau terseksa jiwa.

4. Buta Hati – janganlah kita terperangkap dengan hubungan semata2 takut bersendiran dan kesunyian. Kena fikir panjang. Kena tanya diri sendiri, apa matlamat.

Kita kekadang excited bila ada orang nak berkenalan, kita just layan tapi end up kita memenuhi permintaan dan keperluan orang lain bukan diri sendiri. Sampai satu tahap kita rasa terbeban dan kecewa. Kita mempersoalkan tindakan kita, kenapa kena call dia? Kenapa kena sms dia? Jalinlah hubungan hanya kerana anda inginkan barulah manis.

kalau anda tak excited terima sms atau call dari si dia, tak excited berjumpa si dia. mungkin inilah masa yang sesuai anda menilai apakah arah tujuan hubungan itu? Jangan buang masa anda dan si dia. hohoho

Thursday 2 June 2011

KeranaNya Maha Mengetahui - Best Thing I Never Had

Lagu ni paling sesuai menggambarkan perasaan aku sekarang. pastiNya punya rancangan yang lebih baik.  


begitulah kehidupan apabila sesuatu yang sangat2 kita inginkan akhirnya terlepas. Itulah lumrah. buat kita dewasa. pengalaman yang perlu kita simpan rapi, jadi dinding bila akal mulai keliru. melukai dan akhirnya sendiri terluka. malam2 cam gini memang sesuai bermadah hohoho. yang pasti ada iktibar dan sangat dekat lirik lagu ini dengan kehidupan kita, terutama yang pernah terkena. namun janji Nya itu benar, pasti ada sesuatu yang lebih baik menunggu. :D

* tutup mata kerana gambar beyonce itu seksi

Beyonce Best Thing I Never Had


Wednesday 1 June 2011

Naomi Campbell dikeji Iklan cadburry?


Anda pernah melihat iklan diatas? Mungkin tidak kerana kempen tersebuti sekitar supermarket dan surat khabar sekitar U.K. bukan Ulu Kelang atau Ulu Kinta yer dik. :D

Sama tak Naomi dengan Cokelat cadburry? hohoho. pastinya tidak. sebab Cadburry cair di tangan tapi Naomi cair di hati hohoho.


Naomi memberitahu surat khabar di UK yang dia terkejut melihat iklan tersebut,  apabila dirinya disamakan dengan cokelat. malah penghinaan itu adalah kepada wanita kulit hitam dan "black people" keseluruhannya. 

Nyata inya bukan sesuatu yang melucukan bagi Naomi sehingga memberitahu terasa terhina dan terluka. 

Malah cadburry telah pun menarik balik iklan tersebut dan menjelaskan bukan niat mereka untuk mncetuskan kontroversi.

Kumpulan hak asasi pro-warga kulit hitam menyokong Naomi kerana bagi mereka " Perkauman bermula di taman kanak-kanak apabilla kanak-kanak ini dipanggil cokelat bar"
______________________________________________

kenapa bila naomi baca iklan ni dia terus terasa, sebab kat dunia bukan dia seorang parents kasi nama naomi? tapi bagi aku, bila kombinasi Naomi dan Diva pasti Naomi Campbell la yang dimaksudkan. hohoho.

aku tak setuju dengan iklan tersebut bukan kerana aku peminat naomi, tetapi huraian kepada iklan tersebut ada benarnya.  Kenapa mesti menyamakan cokelat ( yang sah2 dark warnanya) dengan wanita kulit hitam bernama naomi campbell. * Mungkinkah Naomi dalam ad itu adalah wanita kulit puith? hohoho

kerja pengiklanan, adalah kerja kreatif. orang kreatif ni sepatutnya sensitif. macam gak cam orang seni, jiwa halus.

kita tahu elemen yang menarik perhatian adalah penting untuk iklan. namun banyak isu2 yang ibarat tabo yang patut dielakkan seperti keagamaan, seks, perkauman. sebab kalau bagi anda mende tu sekadar lawak, mungkin tidak pada orang lain. tahap penerimaan jenaka kita manusia pun lain2. jadi biarlah kena dengan tempatnya. unsur lawak gak berbeza ikut geografi dan latar belakang malah kaum. 

malah pernah jadi sebelum ini bila ada kolum kartun membuat jenaka, seolah mempersoalkan Ultraman melarikan diri berbanding membantu ketika tsunami di Jepun. Ramai yang naik jengkel. Berdepan dengan bala, kematian dan kehilangan pastinya ia bukan sesuatu yang melucukan. kena la sensitif dengan isu dan tempat.

Namun yang pasti, selepas ini apabila makan Cadburry dairy Milk Bliss aku akan teringatkan naomi Campbell. Terima kasih Cadburry kerana buat Naomi semakin popular. hohoho



Kung Fu Panda 2 Lebih Emosi?





Semalam aku berkesempatan menonton Kung Fu Panda 2(KFP2). Secara peribadi tidak mengecewakan aku langsung. Po dan kengkawan berjaya buat aku gelak. hohoho



Selain dari gelak ketawa aku rasa KFP2 sarat dengan pengajaran yang boleh diambil iktibar.


Mengapa kita mudah jatuh hati dengan watak Po? Selain daripada dia merupakan panda chubby kuat makan yang comel hohoho. Po seorang yang sangat penyayang, mudah didekati oleh kanak2 dan dia seorang yang ceria dan pelawak. Dia selamba dan suka mengambil risiko. kalau ada manusia yang mempunyai watak yang sama, pasti  buat kita selesa dan mudah mengambil hati. :D


Sinopsis versi kali ini simple, Po mengecapi impian untuk menjadi The Dragon Warrior menjaga keamanan Valley of Peace bersama The Furios Five - Tigress, Crane, Mantis, Viper dan Monkey. Keamanan mula bergolak apabila terdapat ancaman senjata yang tidak tandingan daripada besi (meriam) untuk menakluk China dan memusnahkan kung fu. Maka perjalanan Po dan Furios Five bermula merentasi China untuk menumpaskan kuasa tersebut yang didalangi Lord Chen.




KFP2 kali ini memperkenalkan beberapa watak baru seperti Lord Shen, The Soothsayer, Master Thundering Rhino dan Wolf Boss. 


Lord Shen, seekor merak merupakan anak raja yang penuh dendam. Dia seorang yang bijak namun penuh dengan muslihat dan kejahata


.


Watak The Soothsayer juga memainkan peranan yang penting. Ketika hayat ibu bapa Lord Shen memerintah kerisauan mereka terhadap minat Shen kepada kuasa jahat telah  meminta The Soothsayer, tukang tilik meramal masa depan. Menurut kambing betina itu Shen akan ditumpaskan oleh kuasa Yin dan Yang ( hitam putih cam bulu panda). Shen yang terdengar perbualan tersebut telah pergi menyerang kampung panda dan cuba menghapuskan keturunan panda. Shen dihalau dari istana dan mula berdendam.

Dalam adengan pertarungan dengan Master Thundering Rhino dan Lord Shen, Po mendapat bayangan kisah silamnya. Ini menguatkan keinginan menjejak ibu bapa sebenarnya. 
Berjayakah Po bertemu dengan ibu bapanya? Bagaimana Po berdepan dengan bedilan meriam dalam misi menewaskan Lord Shen? Aku biarkan korang sendiri pergi menonton, kalau aku kasi tahu semua, pasti rosak binasalah keterujaan anda menontonnya.


Kelebihan  KFP2 pastinya lawak yang konsisten dengan punch line yang menarik sepanjang 1 jam 30 minit tayangan. Kali ini terdapat unsur romantik antara Tigress dan Po, hohoho.


Ada beberapa adegan yang terus dan masih terlekat di hati. benar versi kali ini penuh dengan emosi ke aku jer rasa camtu? hohoho. at least aku teringat pengorbanan mak abah aku, sanggup buat apa sahaja untuk aku :(.


Ketika adengan The Soothsayer mempersoalkan kemahuan sebenar Lord Chen metafora yang digunakan sangat menarik. Ketamakan dan kepuasan Chen menakluk seluruh Cina ibarat mengisi gelas tidak bertapak, takkan habis dan takkan puas. Kalau dalam konteks manusia pun sama, kita inginkan sesuatu tapi bila dah dapat nak benda lain lak, tak pernah cukup. bila gaji 3k rasa tak cukup, tapi bila gaji dah 5k pun rasa tak cukup. bila ada peluang keinginan dan kemahuan jadi semakin besar. hohoho


dari watak Po ada sesuatu yang kita leh amik iktibar, dalam menghadapai sesuatu masalah kita kena loosen up sikit, sebab bila kita rileks kita leh berfikir dengan baik makanya keputusan yang diambil lebih rasional. tapi aku ada kawan yang hanya boleh berfikir secara optimum kalau dalam keadaan stress, sebab tu dia suka buat kerja last minute. hohoho

Kita mungkin mempunyai kisah silam yang hitam mahupun menyedihkan namun yang penting adalah bagaimana kita menghadapi masa hadapan dan membuat pilihan. Hargailah apa yang kita ada hari ni.

Di penghujung versi kali ini, seolah2 terdapat hint, Kung Fu Panda 3 untuk tahun mendatang. hohoho.


Aku akhiri dengan senarai 'pelakon suara' untuk KungFu Panda 2:


Jack Black as Po (voice) Angelina Jolie as Tigress (voice) Jackie Chan as Monkey (voice) Dustin Hoffman as Shifu (voice) Gary Oldman as Lord Shen (voice) Seth Rogen as Mantis (voice) Jean-Claude Van Damme as Master Croc (voice) David Cross as Crane (voice) Victor Garber as Master Thundering Rhino (voice) Lucy Liu as Viper (voice) Michelle Yeoh as The Soothsayer (voice)