Pages

Friday, 10 June 2011

KALAU nak BERPACARAN



Aku bukanlah seorang yang bertuah dalam menjalin cinta. Hohoho. Jodoh tu janji Allah, aku terus  percaya.
Mengimbas pengalaman lepas banyak perkara boleh jadi ilmu. Kebetulan hari ini terbaca suatu artikel yang sangat menarik mengenai 6 Tabiat yang Perlu dibuang untuk Berpacaran dan aku ingin kongsikan 4 daripanya:


1. Menjadi terlalu excited – kekadang bila dah berkenan di hati kita jadi keliru. Perlu ke meluahkan perasan? Adakah terlalu awal? Adakah dia pun suka kat aku? Sesuatu yang patut kita perhalusi adakah perasan itu adalah excited atau takut. Takut kena reject? Takut komitmen? Takut tak bersedia? Sebab kekadang orang ckp dah bersedia nak ada awek atau bf tapi sebenarnya tidak. Dan ada pula yang tak bersedia, tetapi menjalin hubungan kerana peers pressure. Orang lain ada gf and bf, dia pun nak ada.  Ada pulak yang sebenarnya tercabar egonya bila tengok kengkawan ada awek keliling pinggang tapi dia takde, menjalin hubungan tanpa perasaan dan dengan orang yang bukan citarasa. Hohoho
Fear is what ruins most potential relationships. Fear of abandonment, fear of commitment, fear of intimacy, rejection, etc.Many people become needy and smothering when they meet someone they really like. They reveal too much too soon, expect too much too soon and get attached too quickly which causes them to ignore any problems or red flags. They stop dating anyone else and put all their attention on one person, which makes them over analyze things, usually incorrectly. Don’t let your fantasies speed up reality -- keep your thoughts in the present. – Donna Barnes What Would You Do
Jadi, jangan terlalu berharap, mendesak, meramal perkara yang akan terjadi terutama yang buruk spt: dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik? dia date orang lain? Sebab fantasi ini membunuh peluang hubungan itu. Tetapkan pendirian apa yang kita mahukan dalam perhubungan, jgn kerana ego dan pengaruh rakan sebaya dan disekeliling kita membuat keputusan.
2.   Online Stalking – ini menjadi trend terbaru sealiran dengan kemajuan teknologi bernama internet. ada yang meng’google’ teman yg baru di date. Ada pulak yang jadi CSI pi siasat latar belakang dia? Walaupun dia mempunyai sejarah perhubungan yang tak baik itu bukanlah lesen kepada anda menilai dia sebagai ‘Penjenayah Cinta’ hohoho.
Siapa yang pernah dia date atau jalin hubungan, bukan perkara yang perlu anda tahu terutama dalam awal perkenalan. Kerana semua itu sejarah dia, dan anda pun punya sejarah sendiri dan pasti anda tidak selesa kisah silam anda digali org yang baru dikenali. Jangan membunuh minat seseorang nak mengenali anda dengan sikap tidak matang begini. Kisah anda dan dia lebih penting berbnding kisah dia dengan orang lain.
Ketahuilah teman date anda tidak perlukan ‘Referee’ dalam ‘Resume’ nak mengenali anda. Tak perlu anda dapatkan informasi lebih tentang teman baru anda itu dengan menghubungi mutual friend anda di Facebook. Ambil masa kenali dia sendiri.
setelah membuat research teman date anda dgn menjadi ‘HR Manager’ juga ‘CSI Officer’ wujudlah scenario “ Peminat lebih tahu dari artis”, apabila anda seolah2 sangat kenal teman date anda ini lebih dari dia sendiri. Banyak input yang perlu kita tapis kerana mengenali dari laman social, dengan tak pernah berjumpa, menilai dari gambar bukanlah penilaian yang tepat.  Anda tidak memberi teman baru itu peluang dan anda membunuh peluang untuk diri sendiri.

3. Standard anda tinggi – setiap orang mempunyai citarasa sendiri dalam memilih teman sehati sejiwa. Yang lelaki pastinya mahukan awek yang cantik. Yang perempuan mahukan bf yang ensem dan kaya. klise, tapi benar. Tapi kembali kepada asas, tiada sesiapa yang sempurna, kita manusia biasa. Jangan letakkan standard terlalu tinggi. Kena terimalah kekurangan dan kelebihan masing2. Berpasangan kan untuk melengkapi satu sama lain. Yang sikap macam api pasti tak sesuai berpasangan dengan si api, tapi sesuai dengan si air. Hohoho.

Beri peluang kepada si dia yang betul2 sayang dan menghargai anda, pasti dia akan membahagiakan anda. Apa guna rupa dan harta kalau terseksa jiwa.

4. Buta Hati – janganlah kita terperangkap dengan hubungan semata2 takut bersendiran dan kesunyian. Kena fikir panjang. Kena tanya diri sendiri, apa matlamat.

Kita kekadang excited bila ada orang nak berkenalan, kita just layan tapi end up kita memenuhi permintaan dan keperluan orang lain bukan diri sendiri. Sampai satu tahap kita rasa terbeban dan kecewa. Kita mempersoalkan tindakan kita, kenapa kena call dia? Kenapa kena sms dia? Jalinlah hubungan hanya kerana anda inginkan barulah manis.

kalau anda tak excited terima sms atau call dari si dia, tak excited berjumpa si dia. mungkin inilah masa yang sesuai anda menilai apakah arah tujuan hubungan itu? Jangan buang masa anda dan si dia. hohoho

1 comment:

Myvitrd said...

ai..layan felling kawan aku ni.. takpe bos.. cinta perlu dicari yg penting usaha bos