Anda pernah melihat iklan diatas? Mungkin tidak kerana kempen tersebuti sekitar supermarket dan surat khabar sekitar U.K. bukan Ulu Kelang atau Ulu Kinta yer dik. :D
Sama tak Naomi dengan Cokelat cadburry? hohoho. pastinya tidak. sebab Cadburry cair di tangan tapi Naomi cair di hati hohoho.
Naomi memberitahu surat khabar di UK yang dia terkejut melihat iklan tersebut, apabila dirinya disamakan dengan cokelat. malah penghinaan itu adalah kepada wanita kulit hitam dan "black people" keseluruhannya.
Nyata inya bukan sesuatu yang melucukan bagi Naomi sehingga memberitahu terasa terhina dan terluka.
Malah cadburry telah pun menarik balik iklan tersebut dan menjelaskan bukan niat mereka untuk mncetuskan kontroversi.
Kumpulan hak asasi pro-warga kulit hitam menyokong Naomi kerana bagi mereka " Perkauman bermula di taman kanak-kanak apabilla kanak-kanak ini dipanggil cokelat bar"
______________________________________________
kenapa bila naomi baca iklan ni dia terus terasa, sebab kat dunia bukan dia seorang parents kasi nama naomi? tapi bagi aku, bila kombinasi Naomi dan Diva pasti Naomi Campbell la yang dimaksudkan. hohoho.
aku tak setuju dengan iklan tersebut bukan kerana aku peminat naomi, tetapi huraian kepada iklan tersebut ada benarnya. Kenapa mesti menyamakan cokelat ( yang sah2 dark warnanya) dengan wanita kulit hitam bernama naomi campbell. * Mungkinkah Naomi dalam ad itu adalah wanita kulit puith? hohoho
kerja pengiklanan, adalah kerja kreatif. orang kreatif ni sepatutnya sensitif. macam gak cam orang seni, jiwa halus.
kita tahu elemen yang menarik perhatian adalah penting untuk iklan. namun banyak isu2 yang ibarat tabo yang patut dielakkan seperti keagamaan, seks, perkauman. sebab kalau bagi anda mende tu sekadar lawak, mungkin tidak pada orang lain. tahap penerimaan jenaka kita manusia pun lain2. jadi biarlah kena dengan tempatnya. unsur lawak gak berbeza ikut geografi dan latar belakang malah kaum.
malah pernah jadi sebelum ini bila ada kolum kartun membuat jenaka, seolah mempersoalkan Ultraman melarikan diri berbanding membantu ketika tsunami di Jepun. Ramai yang naik jengkel. Berdepan dengan bala, kematian dan kehilangan pastinya ia bukan sesuatu yang melucukan. kena la sensitif dengan isu dan tempat.
Namun yang pasti, selepas ini apabila makan Cadburry dairy Milk Bliss aku akan teringatkan naomi Campbell. Terima kasih Cadburry kerana buat Naomi semakin popular. hohoho
2 comments:
BLACK IS BEAUTIFUL
black itu maniss...tapi tak semua laa maniss...ada gak yg pahit...hehehhe.. -- call me PO
Post a Comment