Pages

Wednesday, 1 June 2011

Kung Fu Panda 2 Lebih Emosi?





Semalam aku berkesempatan menonton Kung Fu Panda 2(KFP2). Secara peribadi tidak mengecewakan aku langsung. Po dan kengkawan berjaya buat aku gelak. hohoho



Selain dari gelak ketawa aku rasa KFP2 sarat dengan pengajaran yang boleh diambil iktibar.


Mengapa kita mudah jatuh hati dengan watak Po? Selain daripada dia merupakan panda chubby kuat makan yang comel hohoho. Po seorang yang sangat penyayang, mudah didekati oleh kanak2 dan dia seorang yang ceria dan pelawak. Dia selamba dan suka mengambil risiko. kalau ada manusia yang mempunyai watak yang sama, pasti  buat kita selesa dan mudah mengambil hati. :D


Sinopsis versi kali ini simple, Po mengecapi impian untuk menjadi The Dragon Warrior menjaga keamanan Valley of Peace bersama The Furios Five - Tigress, Crane, Mantis, Viper dan Monkey. Keamanan mula bergolak apabila terdapat ancaman senjata yang tidak tandingan daripada besi (meriam) untuk menakluk China dan memusnahkan kung fu. Maka perjalanan Po dan Furios Five bermula merentasi China untuk menumpaskan kuasa tersebut yang didalangi Lord Chen.




KFP2 kali ini memperkenalkan beberapa watak baru seperti Lord Shen, The Soothsayer, Master Thundering Rhino dan Wolf Boss. 


Lord Shen, seekor merak merupakan anak raja yang penuh dendam. Dia seorang yang bijak namun penuh dengan muslihat dan kejahata


.


Watak The Soothsayer juga memainkan peranan yang penting. Ketika hayat ibu bapa Lord Shen memerintah kerisauan mereka terhadap minat Shen kepada kuasa jahat telah  meminta The Soothsayer, tukang tilik meramal masa depan. Menurut kambing betina itu Shen akan ditumpaskan oleh kuasa Yin dan Yang ( hitam putih cam bulu panda). Shen yang terdengar perbualan tersebut telah pergi menyerang kampung panda dan cuba menghapuskan keturunan panda. Shen dihalau dari istana dan mula berdendam.

Dalam adengan pertarungan dengan Master Thundering Rhino dan Lord Shen, Po mendapat bayangan kisah silamnya. Ini menguatkan keinginan menjejak ibu bapa sebenarnya. 
Berjayakah Po bertemu dengan ibu bapanya? Bagaimana Po berdepan dengan bedilan meriam dalam misi menewaskan Lord Shen? Aku biarkan korang sendiri pergi menonton, kalau aku kasi tahu semua, pasti rosak binasalah keterujaan anda menontonnya.


Kelebihan  KFP2 pastinya lawak yang konsisten dengan punch line yang menarik sepanjang 1 jam 30 minit tayangan. Kali ini terdapat unsur romantik antara Tigress dan Po, hohoho.


Ada beberapa adegan yang terus dan masih terlekat di hati. benar versi kali ini penuh dengan emosi ke aku jer rasa camtu? hohoho. at least aku teringat pengorbanan mak abah aku, sanggup buat apa sahaja untuk aku :(.


Ketika adengan The Soothsayer mempersoalkan kemahuan sebenar Lord Chen metafora yang digunakan sangat menarik. Ketamakan dan kepuasan Chen menakluk seluruh Cina ibarat mengisi gelas tidak bertapak, takkan habis dan takkan puas. Kalau dalam konteks manusia pun sama, kita inginkan sesuatu tapi bila dah dapat nak benda lain lak, tak pernah cukup. bila gaji 3k rasa tak cukup, tapi bila gaji dah 5k pun rasa tak cukup. bila ada peluang keinginan dan kemahuan jadi semakin besar. hohoho


dari watak Po ada sesuatu yang kita leh amik iktibar, dalam menghadapai sesuatu masalah kita kena loosen up sikit, sebab bila kita rileks kita leh berfikir dengan baik makanya keputusan yang diambil lebih rasional. tapi aku ada kawan yang hanya boleh berfikir secara optimum kalau dalam keadaan stress, sebab tu dia suka buat kerja last minute. hohoho

Kita mungkin mempunyai kisah silam yang hitam mahupun menyedihkan namun yang penting adalah bagaimana kita menghadapi masa hadapan dan membuat pilihan. Hargailah apa yang kita ada hari ni.

Di penghujung versi kali ini, seolah2 terdapat hint, Kung Fu Panda 3 untuk tahun mendatang. hohoho.


Aku akhiri dengan senarai 'pelakon suara' untuk KungFu Panda 2:


Jack Black as Po (voice) Angelina Jolie as Tigress (voice) Jackie Chan as Monkey (voice) Dustin Hoffman as Shifu (voice) Gary Oldman as Lord Shen (voice) Seth Rogen as Mantis (voice) Jean-Claude Van Damme as Master Croc (voice) David Cross as Crane (voice) Victor Garber as Master Thundering Rhino (voice) Lucy Liu as Viper (voice) Michelle Yeoh as The Soothsayer (voice)

2 comments:

Anonymous said...

Wah.. Boleh jadi pengkritik filem ni :)

Abdul Malek said...

terima kasih. hohoho