Pages

Monday, 30 May 2011

Austin Mbewe : Lelaki Paling Hodoh Didunia?

HARARE 30 Mei - Lelaki Zimbabwe mengalahkan 15 yang lain bagi memenangi anugerah lelaki paling hodoh atau Mr Ugly.
 
Akhbar tempatan melaporkan Austin Mbewe, 30, dari Bulawayo memenangi 1,200 rand Afrika Selatan ($174,122 euro) pada pertandingan yang diadakan di pekan Beitbridge.

“Saya berbangga dengan kejayaan ini,” katanya dipetik selepas memenangi pertandingan tersebut.

“Selama ini saya sering diejek sejak kecil lagi kerana hodoh, kini dunia melihat di sebalik kehodohan ini ada keindahan,” katanya. - AFP

* diambil dari utusan malaysia online 
____________________________________________________________________________________
Sebenarnya Austin Mbewe bukanlah lelaki paling hodoh di dunia, pertandingan ini disertai oleh hanya rakyat Zimbabwe yg dianjurkan oleh Dewan Kesenian Nasional dan Pelancongan Zimbabwe. namun penyertaan hanya pada beberapa daerah negara tersebut. pertandingan yang dianjurkan buat kali ketiga ini menarik perhatian penyertaannya kerana hadiah yang 'lumayan'. banyak tu bai , 174,122 euro*. hohoho tetapi sebenar bila aku check balik 1200.0 ZAR(South African Rand) = 121.325164432 EU= 173.312997 USD = RM 523.15 ralat yer puan2 dan tuan2. utusan online salah kira tetapi menjelang petang telah diperbetulkan syabas.

Pertama kali aku membaca berita ini, aku excited nak tengok lelaki yang dikatakan paling hodoh sebab bagi aku rupa adalah sesuatu yang subjektif.

Mr Ugly Austin Mbewe (tengah) bersama pemenang ketiga Chitova Chezhira (kiri) and kedua, Kudakwashe Chiramba.

pada mata kasar aku takde la hodoh mana mamat yang menang ni. jadi aku bertanya, hodoh relatif orang zimbabwe ni camne? manalah tahu majoriti orang kat sana muka supermodel hohoho


hitam itu hodoh? bagi aku tidak sama sekali. banyak lagi pertimbangan lain yang boleh menjadikan seseorang itu hodoh. Bilal bin Rabah sahabat nabi seorang yang hitam, tetapi dipilih dimuliakan disisiNya dilantik Rasululah sebagai juru azan sehingga nama beliau diabadikan sehingga kini.


buat apa muka ensem tapi perangai hampeh. buat apa muka cantik tetapi hati busuk. biarlah rupa paras setanding dengan akhlak dan perilaku. aku bukan baik sangat tapi orang yang berbudi bahasa, tak lekang senyuman sentiasa buat hati aku sejuk. buat apa muka cantik speaking London berterabur, nak cakap terima kasih yang dua patah pun susah. Sebab rupa dan pangkat jangan sesekali diletakkan sebagai penilaian utama seseorang.

bagi aku Mr Ugly ialah:
- suka cakap besar
- sombong dan bongkak
- suka mengambil kesempatan
- tak menghormati dan menindas orang tua, wanita dan kanak2
- penipu
- hipokrit


p/s: bau badan kuat leh kategori Mr ugly tak? hohoho


kesimpulannya, ramai Mr Ugly kalau ikut huraian n interpretasi aku. :P tapi ramai jugak Miss Ugly. Mr Ugly vs Miss Ugly sapa menang? hohoho


Cun tak awek kat bawah ni?


Nyasha Matonhodze berusia 16 tahun adalah super model pertama kelahiran Zimbabwe. Merupakan model dibawah agensi Elite London Model Agency pernah menjadi model catwalk untuk Louis Vuitton, Emanuel Ungaro, and Loewe.

ramai sebenonya orang cantik dan kacak dari zimbabwe ni. sampai sekarang aku masih berfikir kerelevanan Mr Ugly Zimbabwe ini diadakan. Secara positifnya mereka yang dianggap hodoh leh menang duit dan mungkin leh kasi extra konfiden kepada peserta. kalau malaysia buat Mr Ugly menang 174,122 euro aku orang pertama beratur gi audition tapi tak kalu hanya RM 523.15 . hohoho

2 comments:

Anonymous said...

betul tu..agree..

Abdul Malek said...

hodoh bukan pada rupa tapi pada hati hohoho :P