* tujuan aku menulis ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, harap ada teladan :)
ini adalah secebis kisah yang aku dapati pada status fb seorang kenalan. *kalau status ini sekadar main2 aku tak tahu :D. pemilik status ini beristeri 4 dan aku respek kat dia sebab di kalangan isteri2 dia nampak mesra sekali. dia menampakkan betapa positifnya poligami. namun apabila status diatas dinaikkan untuk tatapan umum (at least kengkawan dalan list fb, belum termasuk orang yg akan menyampaikan dari mulut ke mulut hohoho) timbul beberapa persoalan pada aku.
hal rumahtangga adalah sesuatu yang sgt private pada pendapat aku. apabila diluahkan sebegini, keinginan ingin tahu dan meneka akan berlaku. orang akan meneka isteri yang mana satu, ada awek2 yang mula pasang angan2 nak jadi bini baru, dan sbgnya. hohoho. kalau pulak dibaca oleh sedara mara, mulut makcik2 pakcik2 sepupu sepapat kekadang takde insurans tak manis la pulak.
banyak juga komen yang diterima, masing2 menasihatkan untuk bersabar, cari penyelesaian terbaik ada juga menasihatkan agar hal sebegini lebih baik tidak dihebahkan kerana seolah membuka pekung di dada. kebanyakan aku setuju. aku juga tak menolak tuan punya badan mampu menangani isu ni ngan bijak, harap tak sampai berpisah dan berkahwin baru.
berbalik kepada pendapat aku mengenai rumah tangga. ianya asas melengkapi tuntutan batin dan jiwa. apatah apabila ada anak jadi ikatan perkahwinan, kata orang bila ada anak kehidupan jadi sangat beza. rasa lengkap mungkin itulah perasaannya, yerla bila ada zuriat sendiri. lagilak dapat anak comel, bijak soleh n solehah. teletah anak2 boleh buat penat di pejabat hilang, marah jadi hilang. jangan sampai anak2 jadi mangsa isu orang dewasa.
menjalani rumahtangga aku pasti bukanlah mudah. ada hati yang perlu dijaga, suami isteri malah keluarga mertua. namun aku kasihan kepada isteri2 zaman sekarang, ada suami kaki judi, kaki urut, kaki pompuan, kaki minum dan kaki2 lainya. aku sedih bila dengar ada seorang hamba ni kuat sangat gi urut, bukan untuk betul2 urat badan tapi untuk melempiaskan nafsu dengan 'ice cream' dan b2b(body to body) walhal bini kat umah sarat mengandung hmmm.
zaman sekarang ni banyak godaan, keinginan dan kemahuan jadi mudah. eg: nak cari awek, leh ayat online etc. kahwin sekadar syarat. tembelang sebenar nampak lepas kahwin. bila tak ngam, gaduh then bercerai. rentatan kisah perkahwinan dah jadi skrip macam dalam drama. mungkin kita patut melihat kebelakang macam mana nenek moyang malah ibu bapa kita yang berkahwin sehingga ajal yang memisahkannya. baik buruk kisah rumahtangga disimpan kemas. lihat kelebihan bukan kekurangan. mengapa menghidu busuk jika ada wanginya.
2 comments:
bagus artikel malek ni. semoga malek bertemu pasangan yg kekal hingga ke akhir hayat, amin
Amin. Thanks Izaty. Doakan yang terbaik untuk Izaty sekeluarga. Amin hohoho. :D
Post a Comment